Selasa, 16 Disember 2014

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERPISAHAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN. MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad Hissam bin Sani

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan


Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil pembantu makmal untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik Hissam untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.


Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah :           Encik……………………………………..


Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

63 ulasan:

huda berkata...

Terima kasih akk pinjam untuk majlis perpisahan di stk ye��. Good blog anyway..

ABU FAWWAZ berkata...

Terima kasih atas perkongsian.. Nak guna jgk untuk majlis pertukaran guru di sekolah..

hOney n' cLOver berkata...

Terima kasih...
Untuk rujukan saya...

razilawati.blogspot.com berkata...

Terima kasih buat rujukan

razilawati.blogspot.com berkata...

Terima kasih buat rujukan

Unknown berkata...

TERIMA KASIH ..
UNTUK RUJUKAN SAYA MAJLIS PERPISAHAN

Unknown berkata...

Terima kasih...Sebagai rujukan utama saya utk majlis perpisahan..😊

Unknown berkata...

Terima kasih...Sebagai rujukan utama saya utk majlis perpisahan..😊

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih..
saya copy utk majlis di sekolah saya.
good blog.

sma maiwp berkata...

terima kasih tuan..mohon halalkn tuk sy gunakan teks ini ye.. jasamu dikenang.. adious...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian ini, muga bermanfaat untuk semua yang memerlukan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Saya gunakan sbg contoh untuk presentation

Hazirah berkata...

thank uso usefullll

Arina Sarina berkata...

Terima kasih di atas perkongsian ilmu.

Unknown berkata...

Tkasih dan sgt berguna

Unknown berkata...

t.kasih atas perkongsian ilmu & mohon dihalalkan ilmunya.

Unknown berkata...

T.kasih yg sudi berkongsi saya amat hargai

Tanpa Nama berkata...

terima kasihatas usaha tuan berkongsi teks ini..mohon share ya

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian

Unknown berkata...

Terima kasih. atas perkongsian...

Zanilazain berkata...

Terima kasih cikgu

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ats perkongsian.

Yasmin berkata...

Terima kasih share ilmu..good sharing..nervous esok kena jadi MC pulak..

Tanpa Nama berkata...

sank you

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih cikgu

Unknown berkata...

Terbaik... Panduan di kala majlis perpisahan ofis Sy...
May Allah bless u...

Tanpa Nama berkata...

terbaik tq bro

Tanpa Nama berkata...

terima kasih , saya pinjam teks ni ye, mintak halal dunia akhirat.

rustie berkata...

TERIMA KASIH BERKONGSI TEKS NIE..SAYA BARU SAJA MENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH BAHAGIAN.

Unknown berkata...

terima kasih ya.. sy nk mintak izin gunakan sedikit sebnyak skrip ini

Tanpa Nama berkata...

mohon izinkan saya untuk berkongsi teks ini. terima kasih atas perkongsian.

bidadari berkata...

mohon izinkan saya gunakan teks ini ya,, syukran jazilan

Tanpa Nama berkata...

mohon izin guna teks ini ya...syukran kathira

Unknown berkata...

mohon izin guna teks ini ya. terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih..
Mohon izin guna skrip ini..apabila tiba nasanya..

Unknown berkata...

mohon izin guna teks ini ya. terima kasih

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian..mohon guna sbg rujukan ya

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana berkongsi....sy gunakan utk rujukan sbg mc ad hoc di sek...huhuhuhu...

Unknown berkata...

Terima kasih banyak2

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian, moga Allah mudahkan urusan adik....

Unknown berkata...

mohon izin guna teks ini ya. terima kasih

Unknown berkata...

Mohon izin guna teks ya, terima kasih.

atikah berkata...

terima kasih cg. minta halal ya utk rujukan majlis esok.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih, mohon izin guna teks. terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih di atas perkongsian ilmunya mohon izin utk diguna

Tanpa Nama berkata...

terima kasih dengan perkongsian teks ini. minta izin untuk saya gunakan sebagai rujukan.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih. mohon copy sbg rujukan ya.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian teks ini..mohon izin utk digunakan sempena majlis perpisahan

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih ..mohon sebagai rujukan ..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas perkongsian.. mohon izin utk menggunakan teks ini. tq

Tanpa Nama berkata...

Mohon izin untuk digunakan esok. Jazakallahu kheir, smoga terus berbagi manfaat and success. Tq

Unknown berkata...

Mohon izin utk copy ayat, terima kasih

azman berkata...

Salam Sejahtera..Saya mohon izin untuk buat rujukan

Tanpa Nama berkata...

Saya minta izin dan halalkan saya guna dan ubahsuai teks Encik Hafiz ini ya. Terima aksih banyak2.
ida

haiza berkata...

Saya minta izin dan halalkan saya guna dan ubahsuai teks Encik Hafiz ini ya. Terima kasih daun keladi...lain kali nk guna lagi

AINNUR berkata...

Semoga bermanfaat, izin saya guna dan ubahsuai teks Cikgu Hafiz ya, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Mohon izin n halalkn Sy copy utk jadikan panduan ye... Moga dimudahkan segala urusan En Hafiz

Assalamualaikum... berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Saya mohon izin untuk buat salinan dan digunakan sebagai panduan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..terima kasih kongsi..Sy minta izin guna

wan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wan berkata...

Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian..Sy minta izin untuk guna dan ubahsuai teks cikgu ye..Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian. Saya minta izin guna ya. TQVM