Selasa, 16 Disember 2014

CONTOH SURAT PENGHARGAAN

Ref. No: 
                                                                                                           Date     : 5th August 2013
Mr. R**** ***,
The Principal,
Yusof Ishak Secondary School,
Singapore.

Dear Mr. Richard Chew,
Appreciation on recent visit on Student Conference and Founders’ Day
We hope it is not too late to officially thank you for the opportunity to visit YI again recently. We were deeply touched by the warm reception that you and your staff had extended to us and the great effort taken to make us feel comfortable and at home throughout our 2-day trip there. Your kind hospitality and generosity are greatly appreciated.
2.         Our time in Singapore has been an enriching and an enlightening one in many ways. Being there on your 48th Founders’ Day and watching the stage performances was indeed inspiring and a good exposure that has enhanced our knowledge and experience.  The visits to the Zoo and Gardens By The Bay were a perfect ending to a trip likely to be remembered for a long time.
3.         We certainly hope that this collaborative effort will continue in the coming days and look forward to your visit in early September.
Thank you once again.


Yours faithfully,

.................

CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERPISAHAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN. MUHAMMAD HISSAM SANI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,
                                                                                      
Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad Hissam bin Sani

Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan


Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil pembantu makmal untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan  Encik Hissam untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.


Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah :           Encik……………………………………..


Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

TEKS PENGACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Berbahagia, Encik Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol

Pn. Faridah Binti Omar, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Nawawy Bin Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tn Hj Abd Latiff Bin Pardi , Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua Bidang, wakil guru , dan rakan-rakan staf  sokongan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

“Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya  Aidilfitri Staf Sokongan”

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para hadirin kerana sudi hadir ke majlis yang diadakan pada pagi ini.
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan marhaban yang akan dipimpin oleh Encik Jasni Bin Sahid. Dipersilakan:…

Terima kasih semua….
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Habsah Binti Kasmin Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

Para hadirin sekalian,
Seterusnya dijemput Yang Berusaha Encik Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan tuan….
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan itu tadi.
Sepertimana kita sedia maklum, majlis ini turut meraikan 2 orang bakal tetamu ALLAH yang akan menunaikan ibadah Haji pada tahun ini iaitu Encik Nawawy Bin Othman dan Encik Rosli Bin Radin. Dipersilakan Encik ________(salah seorang) sebagai wakil untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan….

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati.
Dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati kepada bakal-bakal haji.
Dipersilakan bakal haji iaitu Encik Nawawy Bin Othman untuk menerima cenderahati.
Seterusnya dipersilakan bakal haji iaitu Encik Rosli Bin Radin untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebenarnya majlis ini juga diserikan untuk menyambut ulang tahun kelahiran di kalangan kita pada bulan Julai yang lalu. Pada bulan Julai yang lalu kita semua sedang menjalani ibadah puasa justeru itu sambutannya terpaksa dilewatkan dan hari ini merupakan hari yang sesuai untuk kita semua meraikannya.  Bagi meneruskan majlis, dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Julai untuk tampil ke hadapan untuk acara memotong kek. Mereka ialah Puan Faridah Binti Omar (13 JulaI) dan Puan Hanizah Binti Tubi (20 Julai). (nyanyi lagu selamat Hari Lahir/Allah Selamatkan Kamu)

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.

Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan


Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera. Jemput tuan-tuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan.

Isnin, 15 Disember 2014


EXPERIENCE IS AN EXCELLENT TEACHER

Experience is my best teacher
Learned from zero to hero
Learned from nothing to everything

Almost 3 years here
With smiles and tears
A journey not to be fear

He , She and Me
Was a great company
We made goodness for many

Chilling and Laughter
Had always be on my memory
And now it's just a memory

This steps must be carry
Responsibility and Honesty
Is a rule for modesty 
All the best for my Company!