TEKS
PENGACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berbahagia, Encik Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Pn. Faridah Binti Omar, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Nawawy Bin Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn Hj Abd Latiff Bin Pardi , Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Bidang, wakil guru , dan rakan-rakan staf sokongan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia, Encik Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Pn. Faridah Binti Omar, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Nawawy Bin Othman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Tn Hj Abd Latiff Bin Pardi , Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Bidang, wakil guru , dan rakan-rakan staf sokongan yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.
“Buat ketupat bersama rendang
Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan
selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Staf Sokongan”
Majlis mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para hadirin kerana
sudi hadir ke majlis yang diadakan pada pagi ini.
Majlis pada pagi ini
dimulakan dengan marhaban yang akan dipimpin oleh Encik Jasni Bin Sahid. Dipersilakan:…
Terima kasih semua….
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput
dan mempersilakan Puan Habsah Binti Kasmin Ketua Pembantu Tadbir untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.
Para hadirin sekalian,
Seterusnya dijemput Yang Berusaha Encik Yew Kok Leh,
Pengetua SMK Jalan Mengkibol untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan
tuan….
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas
ucapan itu tadi.
Sepertimana kita sedia maklum, majlis ini turut meraikan
2 orang bakal tetamu ALLAH yang akan menunaikan ibadah Haji pada tahun ini
iaitu Encik Nawawy Bin Othman dan Encik Rosli Bin Radin. Dipersilakan Encik
________(salah seorang) sebagai wakil untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan….
Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati.
Dijemput Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati
kepada bakal-bakal haji.
Dipersilakan bakal haji iaitu Encik Nawawy Bin Othman
untuk menerima cenderahati.
Seterusnya dipersilakan bakal haji iaitu Encik Rosli Bin
Radin untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua di atas
penyampaian cenderahati itu tadi.
Sebenarnya majlis ini juga diserikan untuk menyambut
ulang tahun kelahiran di kalangan kita pada bulan Julai yang lalu. Pada bulan
Julai yang lalu kita semua sedang menjalani ibadah puasa justeru itu
sambutannya terpaksa dilewatkan dan hari ini merupakan hari yang sesuai untuk kita
semua meraikannya. Bagi meneruskan
majlis, dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Julai untuk tampil ke hadapan
untuk acara memotong kek. Mereka ialah Puan Faridah Binti Omar (13 JulaI) dan
Puan Hanizah Binti Tubi (20 Julai). (nyanyi lagu selamat Hari Lahir/Allah
Selamatkan Kamu)
Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan
lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan
dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.
Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan
Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum,
w.b.t dan salam sejahtera. Jemput
tuan-tuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan.
3 ulasan:
Assalamualaikum
Terima kasih berkongsi teks mc yg baik ni
hmmmmmmmm.... terima kasih di ats teks yang sangat bernas ini . segala tunjuk ajar akan saya praktikkan . muah
Did you realize there's a 12 word phrase you can communicate to your crush... that will trigger deep feelings of love and impulsive appeal for you buried within his chest?
That's because hidden in these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and protect you with his entire heart...
12 Words That Trigger A Man's Desire Response
This impulse is so built-in to a man's genetics that it will make him try harder than ever before to take care of you.
As a matter of fact, triggering this all-powerful impulse is absolutely important to having the best possible relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...
...You will soon find him expose his mind and soul for you in a way he haven't expressed before and he will identify you as the one and only woman in the world who has ever truly interested him.
Catat Ulasan