Selasa, 12 April 2011

Cikgu Hafiz

"Cikgu Hafiz",
Sapa mereka dengan mesra
Masih segar dalam ingatan
Pengalaman menjadi guru
S.K Amer nama sekolahnya

Cikgu Hafiz
Hatiku tersentuh mendengar panggilan itu
Senyuman ku ukir tanda ku bahagia
Mendengar sapaan murid-murid
Penuh hormat dan patuh

Hatiku berbunga-bunga
dibuai rasa bahagia
Alangkah indahnya pengalaman itu
bergelar pendidik
bergelar guru
Jurutera yang menbina bangsa

Wajah-wajah itu masih kekal segar di minda
Wajah pewaris negara dan bangsa
Sungguh comel dan ceria
Gelak tawa menghiasi hari-hari mereka

Ya Allah Ku pohon pada-Mu
Bukakanlah pintu hati mereka untuk menuntut ilmu
Permudahkanlah bagi mereka mencapai cita-cita
Jadikanlah bangsa Islam bangsa berjaya
Kerana ku jatuh hati pabila melihat
wajah-wajah pewaris bangsa
Yang dahagakan ilmu
Permudahkanlah Ya ALLAH

Tiada ulasan: