TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN. MUHAMMAD HISSAM SANI
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.
Muhammad Hissam bin Sani diiringi Tuan Pengetua masuk ke dalam dewan.
Bismillahirrahmanirrahim
,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Yang Berusaha, En.
Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati,
Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik
Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir
Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu
Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik
Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff sokongan yang dirahmati
ALLAH sekalian,
Selamat Datang ke :
Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad Hissam bin Sani
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada
petang berbahagia ini, marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid
Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Terima kasih diucapkan kepada En. jasni
atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara
buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian
Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En
Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil pembantu makmal untuk menuyampaikan
ucapan, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan
mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada
Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk
menyampaikan ucapan, Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan
Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan itu tadi.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita
nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam Bin
Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setingi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Muhammad Hissam atas
ucapan itu tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian
Majlis diteruskan dengan upacara
penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita
raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin Sani.
Sebelum itu, Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang
Diraikan Encik Hissam untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh
untuk menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Ramli untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Nazri untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak KESTABOL.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Zuraidah untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak perpustakaan
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Faridah untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan
sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.
Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan
sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.
Itulah tadi upacara penyampaian
cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Muhammad Hissam
Sani.
Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna
buat kita semua. Selain daripada perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah
sama-sama kita meraikan mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan
ini. Dengan ini dijemput dan dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke
meja pemotongan kek.
Mereka ialah : Encik……………………………………..
Para hadirin sekalian, kita telah pun
berada di hujung acara.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita
pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana
sudi bersama kita pada petang ini dan kami semua mendoakan agar Encik Muhammad
Hissam ceria di tempat baru.
Terima Kasih juga diucapkan kepada semua
tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit
Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.